Doktor Jawi Bersama Komuniti Masjid Kota Damansara

Program berkualiti untuk masyarakat setempat Program Doktor Jawi Bersama Komuniti Masjid Kota Damansara.  Program tersebut berjaya diadakan pada hari Sabtu 9 Feb 2019. Prograqm bermula seawal 8.00 pagi dan tamat sebelum zohor. AlHamdulillah semua pihak berpuas hati dan memuji-muji kaedah Doktor Jawi yang dapat memulihkan masalah pembelajaran jawi dengan cepat dan berkesan.

 

Saya bertolak dari Terengganu pada hari Khamis 7 Feb bersama keluarga dan menginap di rumah anak saudara di Manjalara. Dia kerja jadi doktor mata di Hospital Selayang dan suami dia kerja jadi Imam Masjid Manjalara. Kami dan keluarga jalan sakanlah dan semestinya tak ketinggalan IKEA The Curve… banyak betul barang sampai kelabu mata tapi isteri saya berkenan pinggan jer. Murah-murah pulak tu.

 

Pagi 9 Feb baru kami semua bertolak ke Masjid Lota Damansara dengan disambut oleh Ajk Program. Orang kuat masjid iaitu Nazir Masjid Dr Muhammad Kamal sentiasa menemani saya sepanjang program sampai habis. Juga bersama Ustaz Najih Imam Masjid. Program ini sebenarnya diaturkan oleh member rapat Haji Abdul Fatah Zakaria mutawwif umrah haji dan bekas pensyarah UIA dan UniSZA.

 

Masjid yang berminat dengan program ini boleh hubungi 0199541846 Ust Manan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*