Press "Enter" to skip to content

Doktor Jawi di Maahad Tahfiz AlQamar Tanjung Bidara

Alhamdulillah pada tarikh 10 Feb 2018 baru-baru ini buat julung-julung kalinya saya telah dijemput untuk mengadakan satu program yang dinamakan Bengkel Pengijazahan Jawi Kaedah Mananiyyah aka Doktor Jawi kepada 19 orang tenaga pengajar Maahad Tahfiz alQamar Tanjung Bidara. urusan menghubungi dan menjemput saya telah diamanahkan kepada Ustaz Abdul Ghani yang amat peramah dan mesra orangnya.

 

Saya bertolak dari Terengganu pagi jumaat dan selamat sampai ke Tanjung Bidara pada jam 11 malam sabtu. Ustaz Abdul Ghan i telah menguruskan penginapan saya di sebuah calet yang saya sudah lupa namanya tetapi ianya di tepi laut. Sungguh nyaman dan sejuk udaranya. Kata pemilik chalet tersebut, dari pantai perjalanan dengan bot selama 45 minit akan membawa kita ke Indonesia.

 

Program bengkel pentauliahan tersebut dibuat di Dewan Bangunan balai cerap alKhawarizmi. Dalam program tersebut guru-guru didedahkan kepada suatu kaedah pembelajaran jawi yang pantas dan cepat iaitu Kaedah Mananiyyah. Peserta dibekalkan dengan fail berisi buku Doktor Jawi, buku manual doktorjawi, VCD/DVD Doktor Jawi dan formula sambungan. Diakhir program peserta dianugerahkan dengan sijil pentauliahan mengajar Kaedah Doktor Jawi atau Kaedah Mananiyyah. Di bawah ini beberapa gambar yang sempat dirakamkan. Semua kaedah pengajaran yang diajarkan dapat memberikan hasil yang memberangsangkan kepada semua peserta bengkel.

 

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mission News Theme by Compete Themes.