Press "Enter" to skip to content

Solat Dhuha Penyeri Pagi

Pernahkah anda menunaikan solat 2 rakaat diwaktu pagi. Solat tersebut dinamakan solat dhuha. Ianya dilakukan selepas habisnya waktu syuruk. Waktu syuruk akan masuk sekitar jam 7 pagi dan berakhir dalam masa setengah jam. Ledbih kurang jam 7.30 pagi anda akan dapat melihat insan yang istiqamah dengan solat dhuha mula bergegas ke bilik air untuk mengambil air sembahyang dan menunaikan solat dua rakaat. Kalau anda di sekolah anda akan dapat lihat perlakuan ini berlaku di surau atau musolla sekolah. Kalau anda di pejabar anda akan dapat lihat perbuatan ini berlaku di surau pejabat. Malangnya tidak ramai yang istiqamah dalam melakukan ibadat solat dhuha ini. Lelaki atau pun perempuan, kecil atau pun besar, tua ataupun muda  semuanya digalakkan untuk menunaikannya. Anda bila lagi…………….

 

Bagaimanakah cara melakukannya…

Solat ini sebagaimana solat yang lain dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam. Dan oleh kerana ianya solat sunat maka ditambah perkataan sunat dalam niatnya.  Maka niatnya berbunyi begini:

اصلي سنة الضحى ركعتين لله تعالى

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala

 

Solat ini hukumnya sunat  sebagaimana riwayat Muslim dari Abi Zarr dari Nabi SAW bahawasanya Baginda bersabda:

يصبح على كل سلامى من أحدكم صدقة، فكل تسبيحة صدقة، وكل تحميدة صدقة، وكل تهليلة صدقة، وكل تكبيرة صدقة، وأمر بالمعروف صدقة، ونهي عن المنكر صدقة، ويجزئ من ذلك ركعتان يركعهما من الضحى

Maksudnya:

Berpagi-pagi setiap seorang dari kamu melaksanakan sedekah. Setiap tasbih itu sedekah. Setiap tahmid itu sedekah. Setiap tahlil itu sedekah. Setiap takbir itu sedekah. Menyuruh dengan kebaikan itu sedekah. Mencegah dari kemungkaran itu sedekah. Dan demikian juga 2 rakaat yang kamu kerjakan apabila masuk waktu dhuha.

 

Maka bilangan rakaatnya sebagaimana menurut hadis itu ialah 2 rakaat. Dan sebanyak-banyaknya adalah 8 sebagaimana yang terdapat dalam 2 hadis sahih dari Ummu Hani RA:

أن النبي صلى الله عليه وسلم دخل بيتها يوم فتح مكة وصلى ثماني ركعات، فلم أر صلاة قط أخف منها؛ غير أنه يتم الركوع والسجود

Maksudnya:

Bahawa Nabi SAW memasuki rumahnya pada hari pembukaan kota Mekah dan bersembahyang sebanyak 8 rakaat. Dan aku tidak melihat solat yang dilaksanakan lebih kurang daripadanya dan Baginda menyempurnakan rukuk dan sujud. 

 

Jadi apabila kamu melakukan solat dhuha itu lebih dari 2 rakaat maka  maka seafdhalnya hendaklah kamu memberikan salam setiap selesai 2 rakaat itu. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW

صلاة الليل والنهار مثنى مثنى

Maksudnya:

Solat pada malam hari dan siang ialah dalam 2 rakaat. 

Riwayat Ahmad dan Baihaqi

Dan waktu menunaikannya bermula dari naik matahari sekadar segalah dan tamat sewaktu akan masuk waktu Zohor  iaitu apabila tergelincir matahari.

 

Selepas solat hendaklah diakhiri dengan doa yang mashur iaitu doa solat dhuha:

 

Walllahua’lam………….

 

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mission News Theme by Compete Themes.