Press "Enter" to skip to content

Beza sunat ab’ad dan sunat hai’ah.

Suatu penjelasan yang mudah untuk membezakan antara sunat hai’ah dan sunat ab’ad adalah sebagaimana dibawah.

SUNAT AB’AD
Sunat yang jika  terlupa mengerjakannya maka disunatkan sujud sahwi.

SUNAT HAI’AH
Sunat yang jika ditinggalkan ketika solat maka tidak menjadi apa-apa.

Mana yang besar mana yang kecil?

Tentulah sunat ab’ad lebih besar sebab kalau terlupa kena sujud sahwi. Manakala sunat hai’ah tidak perlu sujud sahwi.

Berapa bilangan sunat ab’ad?

Sunat abd’ad ni ada 7 saja tidak banyak. ianya adalah sebagaimana yang tertera di bawah ini.

  1. Tahiyat awal
  2. Selawat dalam tahiyat awal
  3. Duduk tahiyat atau tasyahud
  4. Doa qunut pada rakaat kedua solat subuh dan pada solat witir yang terakhir sejak malam 15 hingga akhir bulan Ramadhan.
  5. Selawat dalam doa qunut.
  6. Berdiri semasa berqunut.
  7. Selawat ke atas keluarga nabi pada masa tahiyat akhir.

Berapa pulak  bilangan sunat hai’ah?

Sunat hai’ah pun tidak banyak jugak. ianya sekadar 2 kali ganda sunat ab’ad saja. kalau sunat ab’ad ada 7 maka sunat hai’ah ada 14 saja. Perkara-perkara sunat haiah adalah seperti berikut:

1. Mengangkat Tangan ketika takbiratul ihram, ketika rukuk, ketika iktidal dan ketika bangun pada rakaat ketika selepas tahiyat awal

2. Meletakkan perut tapak tangan kanan di atas tangan kiri dan memegangnya dan meletakkan di bawah dada atau di atas pusat.

3. Membaca Doa Iftitah
4. Membaca A’udzubillah : (Ta’awuz)
5. Menguatkan atau memperlahankan bacaan al-Fatihah

6. Membaca ‘Amin’ selepas bacaan Al-Fatihah

7. Membaca surah al-Quran selepas Al-Fatihah pada dua rakaat yang pertama bagi imam atau orang yang solat berseorangan.

8. Membaca takbir ketika rukuk      
9. Membaca tasbih ketika rukuk
10. Membaca tasbih ketika sujud
11. Meletakkan kedua-dua tangan di atas paha dengan melepaskan kesemua jari-jari

12. Duduk Iftirasy

13. Duduk tawaruk

14. Salam kedua

 

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mission News Theme by Compete Themes.