Press "Enter" to skip to content

Doktor Jawi bersiaran di TV 1

Doktor Jawi telah bersiaran di kaca Tv 1 iaitu dalam rancangan Salam terbitan Jakim. Program itu dihoskan oleh Ustaz Syukri Zakat (lekat gelaran tu sebab beliau pernah menjadi eksekutif zakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).

Ustaz Syukri ni junior KUSZA (Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin). Nak dijadikan cerita suatu hari saya nak cari nasi lemak. Maklumlah hari raya keempat atau ketiga masa tu. kira dah boring makan kuih. Cari punya cari jumpalah satu warung kecil di tepi jalan. Bila saya masuk tengok ada seorang hamba Allah ni rasanya kenal. Bila bersalaman dia kata… enta Ustaz Manan Doktor Jawi kan… saya jawab ya. Dia lantas berkata masuk TV sekali nak tak dia kata. Ana sekarang jadi hos rancangan Jakim di TV 1. Apa lagi saya pun setujulah. Itulah ceritanya dapat masuk TV.

 

Baiknya Ustaz Syukri ni, dia datang ambik saya untuk ke bangunan tempat pengambaran dijalankan. maklumlah saya tak kenal. Masa tu saya tumpang tidur di rumah adik di bandar baru Bangi. Saya call dia, katanya enta tunggu di bangunan PKNS bangi tu. Sebab kebetulan beliau tinggal di bandar baru Bangi jugak.

Dalam bersiaran tu ada satu peristiwa lucu berlaku. Sebenarnya rancangan yang dihoskan oleh AlFadhil Ustaz Syukri tu sejam. Masa saya setengah jam manakala masa setengah jam lagi diperuntukkan khas bagi penasihat munsyi jawi (saya pun munsyi jawi) yang datang dari dari Johor iaitu Ustaz Hamdan. tapi oleh kerana kesesakan lalu lintas maka Ustaz Hamdan hanya sempat sampai ke lokasi pengambaran setelah lampu dinyalakan (setelah lampu bernyala tidak dibenarkan orang masuk studio lagi). Maka sifu kami Ustaz Hamdan hanya menyaksikan dari luar sajalan. Itulah yang diceritakannya kepada kami semasa kami makan di warung sebelah bangunan studio selepas selesai pengambaran. Oh ya hari tu hari jumaat maka Hj Hamdan berpakaian baju Melayu lengkap bersongkok. Sekarang saya faham kenapa Ustaz Syukri datang menjemput saya ke studio…….

 

Selesai pengambaran kami sempat bergambar bersama penerbit rancangan …

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mission News Theme by Compete Themes.