Press "Enter" to skip to content

Pengasas Doktor Jawi

Ketahui lebih lanjut mengenai pengasas Doktor Jawi……..

Al Ustaz Abdul Manan Ali alMerbawi
Pengasas Doktor Jawi Malaysia

Doktor Jawi diasaskan pada tahun 1999 oleh alUstaz Abdul Manan Ali alMerbawi. Sejak itu beliau telah bergerak ke serata negara untuk mengadakan ceramah dan bengkel doktorjawi dalam usaha murni untuk membebaskan umat Islam Malaysia dari belenggu jahil jawi.

Oleh kerana permintaan dari masyarakat keseluruhannya maka pada awal tahun 2007 doktorjawi mula dijual di internet. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan. Apa yang mengkagumkan ialah pembeli bukan sahaja dari kalangan orang Melayu tetapi juga orang Cina dan India. Menunjukkan semangat untuk mempelajari jawi sudah mula bersemarak di bumi Malaysia yang bertuah.

Saya menerima permintaan dari masyarakat Cina di Malaysia dan juga di luar Malaysia. Begitu juga sambutan dari luar Malaysia. Pelawat-pelawat www.doktorjawi.com bukan sahaja dari negara-negara ASEAN tetapi hingga ke benua Eropah,  USA, Timur Tengah bahkan boleh dikatakan di mana-mana sahaja tempat yang terdapatnya orang Islam (Melayu) didunia ini. 

Paling menakjubkan  email yang diterima dari seorang berbangsa Cina yang bermastautin di Kota New York yang meminta agar kami mengusahakan cara bagaimana ia dapat berkongsi kaedah yang amat baik ini.

AlHamdulillah dengan lahirnya Pakej Online Doktor Jawi semua masyarakat Islam akan dapat mempelajari jawi dan menguasainya sepenuhnnya samada sebagai suatu keperluan dan juga sebagai suatu bahan ilmiah. 

 

 

Biodata
Ustaz Abdul Manan Ali AlMerbawi lahir pada tahun 1965 di Kampung Merbau Patah, Kuala Terengganu dari sebuah keluarga yang miskin. Bapanya bekerja sebagai tukang kayu dan ibunya seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau adalah anak ke enam dari 11 orang adik beradik.

Mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Wakaf Mempelam Kuala Terengganu. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Ladang di pusat Bandaraya Kuala Terengganu. Beliau kemudian terpilih sebagai jenerasi pelapis pertama untuk memasuki Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) – pada peringkat awal pengasasannya KUSZA membuat pengambilan tingkatan 4 sebanyak 5 jenerasi. Selepas menamatkan tingkatan lima di KUSZA  beliau telah mendaftarkan diri untuk memasuki Diploma Pengajian Islam di KUSZA juga.

Setelah menamatkan 3 tahun diploma beliau, oleh kerana mempunyai kebolehan yang luar biasa dalam Bahasa Inggeris beliau telah ditawarkan tempat ke Ijazah Guaman di Universiti Islam Antarabangsa. Beliau telah meneruskan pengajian di sana selama satu semester. Tetapi oleh kerana minat yang begitu mendalam dalam bahasa Arab apatah lagi keinginan  untuk menjijakkan kaki ke universiti yang tertua di dunia iaitu Universiti alAzhar, Mesir maka niat asal untuk menjadi peguam terpaksa di batalkan. Tetapi pengorbanannya tidak sia-sia kerana setelah menghabiskan pengajiannya di negara Mesir BUMI ANBIYA’ maka beliau yang memang ‘orang otak kiri’ telah berjaya melahirkan formula pembelajaran jawi yang kemudiannya di kenali sebagai Doktor Jawi.  Beliau kemudiannya menerima beberapa anugarah antaranya Anugerah Guru Inovatif Negeri Terengganu. Apabila ditanya  beliau menyatakan bahawa hobinya mencipta kaedah. 

Terkini beliau telah menamatkan pengajian Sarjana Sains dalam bidang Tamadun Islam di Universiti Malaysia Terengganu dan sedang melanjutkan pengajiannya Doktor Falsafah  dalam bidang yang sama.

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mission News Theme by Compete Themes.