Pilihan Pertama
Set Lengkap Doktor Jawi
Pilihan yang sentiasa terbaik...
Apakah Set Lengkap Doktor Jawi

Set Lengkap Doktor Jawi
Pilihan terbaik masa kini.
(5 dalam 1)

Set Lengkap Doktor Jawi ialah satu set lengkap pembelajaran jawi 5 dalam 1. Ia adalah produk paling ekonomi menjamin
"lebih nilai untuk wang anda".

Produk ini mengandungi:

1. Buku Doktor Jawi (bahan utama)
2. CD Authorware belajar jawi
3. VCD/DVD Doktor Jawi
4. Buku panduan Doktor Jawi
5. Formula Sambungan


 Item 1:  Buku Doktor Jawi


Buku Doktor Jawi adalah merupakan bahan asas dalam pakej ini. Buku yang mula dikarang pada tahun 1999 ini sudah dicetak sebanyak 10 kali dan menjadi pilihan utama bagi mereka yang mementingkan pembelajaran jawi yang cepat, comprehensiff, inovatif dan berkesan.

Buku ini mengandungi 4 bab. Bab yang pertama ialah asas jawi di mana anda akan dibimbing untuk mengenal perkara asas yang akan menolong anda membina sukukata. Bab kedua memokus kepada aktiviti membina sukukata daripada 2 huruf sehinggalah kepada 5 huruf.

Bab ketiga pula mengemaskini perkataan yang sudah dibina melalui 10 kaedah yang terkini. Sementara bab 4 pula ialah aktiviti membina ayat dan perenggan.

Belum ada sebuah buku jawi yang merangkumi dari aspek asas sehinggalah kepada aspek ayat secara lengkap. Yang ada adalah mengajar mengenal huruf dan nama binatang itu saja. Yang lain dipelajari di sekolah. Tetapi Doktor Jawi menghidangkan pembelajaran lengkap dalam sebuah buku. Tentunya anda akan teruja apabila memilikinya.



 Item 2:  CD Autorun Doktor Jawi



Bersama-sama buku Doktor Jawi kami bekalkan CD autorun yang menjadi penguat kepada buku tersebut. Kami mula melancarkan buku Doktor Jawi pada tahun 1999. Setelah bergerak dengan buku Doktor Jawi selama 4 tahun dalam bentuk bengkel dan ceramah maka kami mula mengeluarkan CD autorware sebagai pelengkap kepada buku tersebut. CD ini sesuai untuk semua golongan masyarakat. 


 Item 3:  VCD/DVD Doktor Jawi



Suatu penghasilan bahan setelah melalui tahap ujikaji bahan yang tinggi. VCD ini boleh digunakan pada vcd player dan juga dvd player. Bagi mereka yang tidak suka menggunakan CD autorun mereka mempunyai  pilIhan untuk menggunakan VCD ini yang menggambarkan dengan jelas kaedah penguasaan Doktor Jawi melalui bab-bab yang sebagaimana yang dijelaskan. Amat sesuai untuk kanak-kanak  sekolah rendah dan menengah rendah.



 Item 4:  Panduan Penggunaan Doktor Jawi

Manual book atau panduan kepenggunaan Doktor Jawi ialah kunci kepada kejayaan belajar jawi cara cepat kaedah Doktor Jawi dari awal hingga akhir untuk mengetahui jalan dan bentuk kaedah yang diajarkan. Tentu sekali anda akan mengambil sedikit masa untuk memahaminya. Tetapi dengan manual book Doktor Jawi anda akan dapat mengetahui cerita sebenar dalam masa hanya beberapa minit sahaja.

Hampir semua penghasilan yang besar mempunyai manual booknya yang tersendiri. Justeru itu ia mesti dimiliki oleh para ibubapa, guru sekolah, kelas fardhu ain dan semua mereka yang ingin mengetahui rahsia Doktor Jawi dalam masa yang singkat.

 Item 5:  Formula Sambungan



Formula Sambungan Huruf Doktor Jawi adalah suatu formula sambungan huruf yang hebat. Mengapa tidak dengan menggunakan formula ini  dalam masa hanya beberapa minit saja anda  akan dapat menyambung huruf-huruf jawi yang merupakan antara proses yang paling rumit dalam sesi pembelajaran jawi kerana kebanyakan dari kita tidak dapat menulis jawi kerana tidak tahu huruf mana yang boleh disambung dan huruf mana yang tidak boleh disambung.

Secara ringkasnya formula ini memberikan 2 perkara:
i. Kaedah menyambung antara dua huruf jawi
ii. Memberitahu huruf mana yang boleh disambung dan huruf mana yang tidak boleh disambung.

Berapakah yanhg anda perlu bayar untuk mendapatkan produk yang hebat ini......

Ya... anda boleh mendapatkannya
Pada harga yang amat istimewa.........

Ya harga anda ialah:

RM30

Untuk mempecepatkan penghantaran kami hanya gunakan Pos Ekspres. Ya Set Doktor Jawi akan sampai ke pintu rumah anda dalam sampul pos ekspress "dijamin sampai esok". (Untuk bandar-bandar utama)




Berminat sila klik di bawah ini